Pengenalan kursus kemahiran belajar

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM- SEP 2019


Kemahiran Belajar GKB

Kemahiran belajar merupakan kursus generik yang ditawarkan kepada siswa guru yang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Kursus ini diwajibkan untuk semua siswazah agar mereka dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran generik( membaca, mengurus maklumat, berfikir, TMK) supaya dapat mengurus pembelajaran dengan lebih cekap dan seterusnya bermotivasi untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Kursus ini mengandungi 10 bab


1. Pengenalan Kemahiran Belajar
2. Pengurusan Pembelajaran
3. Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat
4. Teknik Membaca
5. Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota
6. Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis
7. Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer
8. Sistem Pengurusan Pembelajaran
9. Sikap terhadap Pentaksiran
10. Penyelesaian Sosial


Pensyarah untuk kursus ini iaah Puan Syufianah Puteri Yusof. Beliau telah mengajar dan membincang pelbagai maklumat tentang bab-bab ini dan juga tentang perisian komputer. Pertamannya, saya dapat mengenali komponen-komponen kemahiran belajar dan ciri-ciri pembeljaran di institut pengajian tinggi. Saya juga mendapat tahu bahawa kemahiran berfikir aras tinggi serta aplikasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dapat mengoptimumkan pembelajaran. Bukan itu sahaja, saya juga dapat menjelaskan mengapa maklumat diperlukan dan bagaimana mengenal pasti sumber-sumber formal dan informal. Pada masa yang saya dapat mengetahui cara- cara membuat nota yang baik dan teknik menyoal aras tinggi. Penggunaan pelbagai jenis pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i- think dan alat-alat CoRT untuk dibincangkan secara spesifik untuk membantu pelajar  menguasai alat-alat pembelajaran ini untuk membuat nota. Kursus ini juga menjelaskan kegunaan perisian-perisian komputer seperti perisian utiliti, perisian pemprosesan perkataan, perisian hamparan elektronik, perisian persembahan elektronik, perisian pangkalan data dan blog. Fitur-fitur istimewa bagi setiap perisian dibincangkan secara spesifik untuk membantu pelajar melaksanakan sesuatu tugasan.

Secara kesimpulanya, melalui kursus ini saya telah mendapat pengetahuan baru tentang kemahiran komputer untuk pengurusan seharian siswazah. Saya juga telah mempelajari pelbagai ilmu melalui kesilapan yang telah saya lakukan terutamanya semasa pembentangan kumpulan. Walaubagaimanapun, kursus ini memberikan kita ilmu pengetahuan yang berguna untuk masa depan kita sebagai seorang guru di sekolah. Kita haruslah melaksanakan PdP kita menggunakan kemahiran ini supaya murid-murid tidak menjadi bosan dan hilang fokus. Contohnya, kita boleh melaksanakan permainan Kahoot sebagai medium untuk pengajaran sambil bermain. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya untuk kursus ini kerana beliau telah berkongsi pelbagai maklumat-maklumat baru.

SEKIAN TERIMA KASIH,
@Suraya

Comments